Keluarga LKARZ@KgB
LEMBAGA KELUARGA ABDUL RAHMAN-ZABIDAH
LATAR BELAKANG
Lembaga Keluarga Abdul Rahman-Zabidah atau 'LKARZ' ditubuhkan oleh Arwah IBUNDA kami, HAJAH ZABIDAH BINTI IBRAHIM (tidak lama sebelum beliau kembali ke rahmatuLlah) sebagai satu amanah permuafakatan keluarga yang menguruskan hal-hal berkaitan memelihara hubungan kekeluargaan, kebajikan, harta pusaka dan legasi keluarga secara berterusan untuk anak-cucu dan keturunan.
Friday, 27 December 2013
PERKELAHAN SEHARI @PANTAI PORT DICKSON -LAST KOPEK CUTI SEKOLAH 2013
TARIKH: 28 DISEMBER 2013 (SABTU)
MASA: 9.00 PAGI - 4.00 PETANG
LOKASI: PANTAI CAHAYA NEGERI, BATU 4, PORT DICKSON
AKTIVITI: BERKHEMAH, MANDI LAUT, MAIN PANTAI, MASAK2, MAKAN2, RILEK2.
SILA JAWAP DAPAT HADIR/TIDAK
KE ANDAK 016-6023661
Wednesday, 18 December 2013
PUISI "KE MAKAM BONDA" -USMAN AWANG
KE MAKAM BONDA
Oleh : Usman Awang
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Oleh : Usman Awang
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
ANDAK - Panjatkan doa untuk Arwah Mak tercinta setiap kali lepas solat. Kirimkanlah pahala untuknya di sana, selagi kita sendiri masih diberi kesempatan menghitung hari di dunia ini, Aamin. AL FATIHAH!
Monday, 16 December 2013
AKTIVITI HUJUNG MINGGU -PANTAI PORT DICKSON
TAPAK BERKHEMAH TEPI PANTAI, HUJUNG MINGGU RAMAI FAMILI YANG BERMALAM DALAM KHEMAH DI SINI - KERETA PUN BOLEH PARKING TEPI. |
30 November 2013 -PORT DICKSON antara pantai terbaik dan terdekat (dari Lembah Klang) untuk berekreasi pantai keluarga. Perjalanan sekitar satu setengah ke dua jam melalui Lebuhraya PLUS KL-JB/Exit Seremban + Lebuhraya PLUS Seremban-Port Dickson.
2. Aktiviti yang boleh dijalankan: Berkhemah, mandi laut, bermain pantai, Sukan Air (Jet Ski, Banana Boat, Boating), masak-masak/panggang-panggang, makan-makan, bersukan, rehat-rehat & tidur-tidur.....
3. Jika inginkan lebih 'adventure', jom sertai bermalam dalam khemah di hujung minggu (Jumaat-Sabtu-Ahad). Ramai keluarga dalam bentuk kumpulan kecil (2-4 kereta) berkemah, masak/BBQ, tidur dan bersantai. Kemudahan tempat mandi/tandas ada berhampiran.
4. Lokasi pantai: Terletak melalui jalan menghala ke Bandar Port Diskson, SEBELUM Stesen PETRONAS. Kereta boleh masuk terus ke tepi pantai/tapak perkhemahan (tiada bayaran parkiing atau tapak khemah).
PEMANDANGAN YANG INDAH. BOT-BOT NELAYAN TERLETAK BERHAMPIRAN |
HARI TU KAMI TAK BERMALAM TETAPI HANYA BERKHEMAH DAN BERSANTAI SEPANJANG HARI, BALIK LEWAT PETANG |
Friday, 13 December 2013
SIRI GAMBAR KENANGAN (1) -ASAL-USUL KITA
ZAMAN KANAK-KANAK @KAMPUNG BHARU |
FOTO KELUARGA BERSAMA NENEK PUTEH DAN PAKCIK SEMAN |
2. HAJAH PUTEH - Gambar klasik ini merakam sejarah awal keluarga LKARZ. Mungkin satu-satunya gambar bersama-sama Nenek Puteh (duduk di tengah-tengah memegang Kak Rusnah), diapit oleh Mak Ngah Saniah di kiri (memangku Kak Zaharah) dan Arwah Mak (Zabidah) di kanan. Manakala berdiri di belakang dari kanan; Abah (Rahman B), Pakcik Othman (abang Mak) yang bersongkok mereng, (tak dikenali) dan Pak Ngah Rahim.
RAHMAN B & ROHAYA RAHMAN |
HAJI ABU BAKAR HAJI SALLEH |
Thursday, 21 November 2013
MAJLIS KAHWIN MENJALIN KEKELUARGAAN -WALIMAH ANAK ABANG HASHIM
ABANG HASHIM, KAK MAIMOM, MAK ANDAK DAN TENTUNYA ANDAK |
16 November 2013 - Andak sekeluarga telah mewakili LKARZ memenuhi jemputan Majlis Walimatul Urus anak perempuan 'Abang Hashim' (nama beliau yang sebenar ialah 'Roslan' juga), iaitu anak bongsu (ketiga) kepada Arwah Pak Long Salleh, Keramat. Majlis diadakan pada 16 November 2013 di Sungai Choh, Rawang.
2. Sesungguhnya Arwah Pak Long Salleh semasa hayatnya banyak jasanya kepada keluarga kita, hatta sejak Arwah Ibu kita masih kecil sehinggalah membantu setiap urusan pernikahan adik-beradik kita. "AL-FATIHAH" dihadiahkan pahala bacaan kepada Arwah Pak Long Salleh.
KENAPA ABAH, KAK ROS, NANI TAK DATANG..? |
4. Kepada semua kerabat LKARZ sekalian, ingatlah hubungan kekeluargaan yang memang tidak rapat seperti ini wajib dipelihara oleh kita semua. Bukankah itu yang dikehendaki oleh Arwah Mak? Sesungguhnya tahap hubungan kekeluargaan kita, khasnya imej Arwah Mak dinilai pada setakat mana kita rasa bertanggungjawab untuk memelihara tali silaturrahim itu.
ABANG HASHIM & ISTERI BERSAMA ANAK & MENANTU ... LEPAS INI DAPAT CUCU LA.. INSYA ALLAH. |
ANDAK - Lain kali datanglah, jangan tak datang, OK?
Wednesday, 23 October 2013
KELUARGA BERKUMPUL DI KEBUN PAK SU -KG. SRIGALA
KELUARGA BERGAMBAR DENGAN ABAH/ATOK DI KEBUN PAK SU. |
2. Gambar ini ialah kunjungan pertama LKARZ yang kemudiannya disusuli dengan yang seterusnya. Sekurang-kurangnya dapatlah kita berkongsi kegembiraan dan menikmati apa-apa yang ada di sana, khususnya setipa kali tiba musim buah-buahan.
Wednesday, 16 October 2013
FOTO HARI RAYA PUASA 2011 -Bersama Abah di IJN
BERAYA DI IJN -ABAH BERSAMA SEBAHAGIAN ANAK MENANTU |
RAYA GROUP PHOTO |
ABAH BERSAMA AYONG/KELUARGA SHAHRIL (GILIRAN HUSSEIN BALIK KAMPUNG) |
INI GAMBAR ANAK-CUCU PEREMPUAN..
EH LAKI-LAKI PUN ADA..?
AZIZAH & AIDA DI PUSARA NENEK... AL-FATIHAH!
WAJAH-WAJAH KUDUS AYONG, MAKSU
BERSAMA ABAH
FOTO KELUARGA ANDAK RAYA 2011
(JANGAN MARAH..)
Subscribe to:
Posts (Atom)