LATAR BELAKANG

Lembaga Keluarga Abdul Rahman-Zabidah atau 'LKARZ' ditubuhkan oleh Arwah IBUNDA kami, HAJAH ZABIDAH BINTI IBRAHIM (tidak lama sebelum beliau kembali ke rahmatuLlah) sebagai satu amanah permuafakatan keluarga yang menguruskan hal-hal berkaitan memelihara hubungan kekeluargaan, kebajikan, harta pusaka dan legasi keluarga secara berterusan untuk anak-cucu dan keturunan.

Friday, 13 December 2013

SIRI GAMBAR KENANGAN (1) -ASAL-USUL KITA


ZAMAN KANAK-KANAK @KAMPUNG BHARU
1.  ZAMAN KANAK-KANAK - Gambar kenangan semasa zaman kanak-kanak di Kampung Bharu. Lihatlah keriangan pada wajah-wajah sekalian adik-beradik, sepupu dan jiran tetangga yang sempat dirakamkan. Andak (paling kanan barisan depan), Nani (kedua dari kanan baris belakang.. sedang ketawa). Yang lain-lain tu cubalah teka sendiri.

FOTO KELUARGA BERSAMA NENEK PUTEH DAN PAKCIK SEMAN

 2. HAJAH PUTEH - Gambar klasik ini merakam sejarah awal  keluarga LKARZ. Mungkin satu-satunya gambar bersama-sama Nenek Puteh (duduk di tengah-tengah memegang Kak Rusnah), diapit oleh Mak Ngah Saniah di kiri (memangku Kak Zaharah) dan Arwah Mak (Zabidah) di kanan. Manakala berdiri di belakang dari kanan; Abah (Rahman B), Pakcik Othman (abang Mak) yang bersongkok mereng, (tak dikenali) dan Pak Ngah Rahim.

RAHMAN B & ROHAYA RAHMAN
 3.   ABAH-MAK @BELAKANG PENTAS  -Bergambar kenangan di belakang pentas bangsawan untuk tatapan anak-cucu-cicit.

HAJI ABU BAKAR HAJI SALLEH

No comments:

Post a Comment