TAPAK BERKHEMAH TEPI PANTAI, HUJUNG MINGGU RAMAI FAMILI YANG BERMALAM DALAM KHEMAH DI SINI - KERETA PUN BOLEH PARKING TEPI. |
30 November 2013 -PORT DICKSON antara pantai terbaik dan terdekat (dari Lembah Klang) untuk berekreasi pantai keluarga. Perjalanan sekitar satu setengah ke dua jam melalui Lebuhraya PLUS KL-JB/Exit Seremban + Lebuhraya PLUS Seremban-Port Dickson.
2. Aktiviti yang boleh dijalankan: Berkhemah, mandi laut, bermain pantai, Sukan Air (Jet Ski, Banana Boat, Boating), masak-masak/panggang-panggang, makan-makan, bersukan, rehat-rehat & tidur-tidur.....
3. Jika inginkan lebih 'adventure', jom sertai bermalam dalam khemah di hujung minggu (Jumaat-Sabtu-Ahad). Ramai keluarga dalam bentuk kumpulan kecil (2-4 kereta) berkemah, masak/BBQ, tidur dan bersantai. Kemudahan tempat mandi/tandas ada berhampiran.
4. Lokasi pantai: Terletak melalui jalan menghala ke Bandar Port Diskson, SEBELUM Stesen PETRONAS. Kereta boleh masuk terus ke tepi pantai/tapak perkhemahan (tiada bayaran parkiing atau tapak khemah).
PEMANDANGAN YANG INDAH. BOT-BOT NELAYAN TERLETAK BERHAMPIRAN |
HARI TU KAMI TAK BERMALAM TETAPI HANYA BERKHEMAH DAN BERSANTAI SEPANJANG HARI, BALIK LEWAT PETANG |
Kepada semua kerabat LKARZ, kerjasama dialu-alukan untuk memberikan komen, mengemaskini maklumat, upload cerita dan foto untuk dikongsi bersama. Wassalam.
ReplyDelete