LATAR BELAKANG

Lembaga Keluarga Abdul Rahman-Zabidah atau 'LKARZ' ditubuhkan oleh Arwah IBUNDA kami, HAJAH ZABIDAH BINTI IBRAHIM (tidak lama sebelum beliau kembali ke rahmatuLlah) sebagai satu amanah permuafakatan keluarga yang menguruskan hal-hal berkaitan memelihara hubungan kekeluargaan, kebajikan, harta pusaka dan legasi keluarga secara berterusan untuk anak-cucu dan keturunan.

Thursday, 21 November 2013

MAJLIS KAHWIN MENJALIN KEKELUARGAAN -WALIMAH ANAK ABANG HASHIM

ABANG HASHIM, KAK MAIMOM, MAK ANDAK DAN TENTUNYA ANDAK
16 November 2013 - Andak sekeluarga telah mewakili LKARZ memenuhi jemputan Majlis Walimatul Urus anak perempuan 'Abang Hashim' (nama beliau yang sebenar ialah 'Roslan' juga), iaitu anak bongsu (ketiga) kepada Arwah Pak Long Salleh, Keramat. Majlis diadakan pada 16 November 2013 di Sungai Choh, Rawang.

2.  Sesungguhnya Arwah Pak Long Salleh semasa hayatnya banyak jasanya kepada keluarga kita, hatta sejak Arwah Ibu kita masih kecil sehinggalah membantu setiap  urusan pernikahan adik-beradik kita. "AL-FATIHAH" dihadiahkan pahala bacaan kepada Arwah Pak Long Salleh.

KENAPA ABAH, KAK ROS, NANI TAK DATANG..?
3.   Majlis kahwin di rumah Abang Hashim turut dihadiri sama Kak Minah dan Kak Maimon. Mereka asyik bertanyakan mana Abah, Rusnah dan Nani "Tak datang ke?" Hah..jawablah sendiri..,!

4.   Kepada semua kerabat LKARZ sekalian, ingatlah hubungan kekeluargaan yang memang tidak rapat seperti ini wajib dipelihara oleh kita semua. Bukankah itu yang dikehendaki oleh Arwah Mak? Sesungguhnya tahap hubungan kekeluargaan kita, khasnya imej Arwah Mak dinilai pada setakat mana kita rasa bertanggungjawab untuk memelihara tali silaturrahim itu.


ABANG HASHIM & ISTERI BERSAMA ANAK & MENANTU
... LEPAS INI DAPAT CUCU LA.. INSYA ALLAH.
5.   Inilah gambar kenangan pasangan pengantin bersama ayah-bonda, Abang Hashim dan isteri. Semoga berbahagia dan kekal bersama hingga akhir hayat, Amiin.

ANDAK - Lain kali datanglah, jangan tak datang, OK?

No comments:

Post a Comment